Panduan menulis peribahasa dalam karangan

Panduan menulis peribahasa dalam karangan

1. Menggunakan satu tanda petik ` ’

Tanda petik jenis ini digunakan untuk menyatakan sesuatu tajuk atau bahagian yang difokuskan.

Contoh:

Peribahasa ‘usaha tangga kejayaan’ perlu dijadikan pegangan oleh sesiapa sesiapa sahaja yang ingin mengecapi kejayaan dalam hidup ini.

2. Menggunakan dua tanda petik ”  ”

Tanda dua petik digunakan untuk maksud konsep cakap ajuk atau unsur personifikasi, iaitu seolah-olah `pepatah’ itu manusia atau orang tua yang memberikan nasihat atau berkata-kata.

Contoh:

(a) Ibu bapa hendaklah mendidik anak sejak kecil bak kata pepatah,”kalau hendak melentur buluh, biarlah dari rebungnya.”

(b) Orang tua-tua mengatakan, “jauh perjalanan, luas pengalaman.” (Tiada kata hubung `bahawa’)

3. Tanpa menggunakan tanda petik

Jika ayat tersebut berbentuk ayat cakap pindah atau keterangan, tanda petik tidak perlu digunakan.

Contoh:

(a) Setiap pelajar mestilah berusaha untuk mencapai kejayaan seseorang kerana kalau tidak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya.

(b) Ibu bapa sepatutnya menjadi model kepada anak-anak mereka kerana pepatah Melayu mengatakan bahawa bagaimana acuan begitulah kuihnya. (Ada kata hubung `bahawa’)

This entry was posted in Bahasa Melayu. Bookmark the permalink.

Leave a comment